Kelab Bimbingan Ekonomi

Kelab Bimbingan Ekonomi (KBE) telah di perkenalkan oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya pada tahun 1990. Kelab ini telah berjalan selama 3 tahun (1990 - 1992). Dalam tempoh 3 tahun ini KBE telah mempunyai ahli hampir 10,000 orang.

Tujuan KBE:

Tujuan utama kelab ini ialah untuk membantu pelajar-pelajar tingkatan 6 yang mengambil mata pelajaran Ekonomi dalam memahami kursus ekonomi dengan lebih mendalam. Dengan bantuan kelab ini, saya yakin pelajar-pelajar ini akan dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran ekonomi STPM mereka.

Perjalanan program:

  1. Mulai Oktober setiap tahun, pelajar-pelajar yang menjadi ahli kelab akan mendapat satu set latihan, Latihan No. 1. Latihan ini mengandungi 30 soalan objektif, 8 soalan esei pendek, 4 soalan esei panjang dan 4 soalan kuantitatif. Semua ahli kelab dikehendaki menjawab semua latihan yang diberi.
  2. Pada bulan November kelab akan menghantar contoh jawapan bagi latihan yang telah diberikan. Setiap ahli dikehendaki menyemak jawapan yang telah sdr/i buat dengan contoh jawapan yang diberi.
  3. Pada bulan Novemberi ini, Latihan No.2 akan dihantar kepada setiap ahli, dan proses ini akan berterusan.
  4. Mulai sesi 2007/2008 ini, 8 set latihan akan diberikan.
  5. Set latihan no.1 dan no.2 akan mengandungi tajuk-tajuk pendahuluan dan mikroekonomi sahaja. Makala set latihan no.3 dan seterusnya akan mengandungi kedua-dua tajuk mikroekonomi dan makroekonomi.
  6. Program latihan KBE ini akan tamat pada bulan Oktober pada tahun yang berikutnya.

Jumlah latihan KBE:

  • Soalan objektif - 30 x 8 = 240
  • Soalan esei pendek - 8 x 8 = 64
  • Soalan esei panjang - 4 x 8 = 32
  • Soalan kuantitatif - 4 x 8 = 32

Jumlah soalan yang dijawab dalam peperiksaan STPM:

  • Soalan objektif : 30 soalan kertas 1 (Mikroekonomi) dan 30 soalan kertas 2 (Makroekonomi)
  • Soalan esei pendek: 5 soalan kertas 1 (Mikroekonomi) dan 5 soalan kertas 2 (Makroekonomi)
  • Soalan esei panjang: 2 soalan kertas 1 (Mikroekonomi) dan 2 soalan kertas 2 (makroekonomi)
  • Soalan kuantitatif: 2 soalan kertas 1 (Mikroekonomi) dan 2 soalan kertas 2 (Makroekonomi)

Pengalaman tahun 1990-1992, sebahagian besar ahli kelab ini telah berjaya melanjutkan pelajaran mereka di Fakulti Ekonomi dan Fakulti Pengurusan Perniagaan di kebanyakan IPTA di negara ini.

 

Imbasan

Mutiara Kata

smile.jpg

Perlukan Adobe Reader?

Banner
Klik di sini untuk download percuma.