Sila klik Senarai Tawaran Dana dan semak sesi kemasukan mengikut sekolah masing-masing. Selamat maju jaya dari Dr. Hamzaid Yahya. || Terkini Dari DrHamzaid.com || Jangan jadikan kemiskinan penghalang untuk menempa kejayaan. Kemiskinan bukanlah sesuatu yang harus diwarisi... || Terkini Dari DrHamzaid.com ||

Anda Pelawat Ke...

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday3
mod_vvisit_counterYesterday135
mod_vvisit_counterThis week601
mod_vvisit_counterLast week909
mod_vvisit_counterThis month3102
mod_vvisit_counterLast month6636
mod_vvisit_counterAll days212654

Today: May 25, 2013
Visitors Counter
We have 3 guests online
TAWARAN BIASISWA DANA PENDIDIKAN DR. HAMZAID

KETERANGAN LANJUT BERKENAAN TAWARAN BIASISWA DANA PENDIDIKAN DR. HAMZAID

TUJUAN

Pemberian biasiswa ini adalah bertujuan:

  • Membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian keperingkat Ijazah.
  • Memberi peluang ke-2, bagi mereka yang gagal untuk mendapat tempat di IPTA walaupun mempunyai syarat yang cukup.
  • Cuba memastikan bahawa setiap graduan akan mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

RASIONAL PEMBERIAN BIASISWA

Rasional pemberian biasiswa ini adalah:

  1. Semua pelajar-pelajar yang mengikuti program STPM sepatutnya mempunyai satu tujuan sahaja iaitu bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah. Ijazah ini adalah sangat penting dalam kehidupan merek  , kerana Ijazah ini adalah satu-satunya sijil yang diiktiraf oleh masyarakat bahawa pemegangnya merupakan orang yang terpelajar dan layak menjadi pemimpin pada masa alan datang. Tetapi jika gagal untuk meneruskan pengajian keperingkat Ijazah bererti anda telah mensia-siakan masa selama 2 tahun dalam kehidupan anda. Kedua jika anda bekerja, sijil yang anda gunakan adalah sijil SP M dan bukan STPM. Ini bererti bahawa kedudukan anda adalah sama dengan rakan-rakan anda yang tidak meneruskan pengajian diperingkat STPM, walaupun anda merupakan pelajar yang lebih baik berbanding dengan mereka yang tidak melanjutkan pengajiannya ke peringkat STPM.
  2. Terdapat 2 saluran bagi melanjutkan pengajian diperingkat Ijazah. Pertama adalah melanjutkan pengajian di IPTA, dan itu adalah idaman bagi setiap pelajar. Kedua ialah melalui pengajian di IPTS. Pada hari ini, bagi saluran pertama (IPTA) masalah yang timbul ialah tempat di IPTA adalah sangat terhad. Di Malaysia, terdapat 20 buah IPTA, tetapi mereka hanya mengambil kira-kira 40,000 orang pelajar sahaja dan ia terbahagi kepada dua kumpulan iaitu 60% dari aliran sains dan 40% dari aliran sastera, sedangkan jumlah permohonan  adalah lebih daripada 70,000. Ini bererti kira-kira 40% daripada mereka yang memohon akan gagal untuk mendapat tempat. Masalah kedua daripada lepasan IPTA adalah kegagalan untuk mendapat pekerjaan dan terpaksa menganggur. Salah satu faktor menyebabkan kegagalan graduan-graduan ini mendapat pekerjaan ini adalah pembelajaran di IPTA  semata-mata menumpukan dalam bidang akademik, dan mereka tidak mengambil kira secara serius tentang keperluan industri, seperti kemahiran bahasa Inggeris dan ‘soft-skill’ yang dikehendaki oleh sektor awam  dan juga sektor industri.
  3. Saluran kedua adalah dengan mendaftar di IPTS. Terdapat IPTS yang menjalankan program-program kerjasama dengan IPTA, iaitu dengan menawarkan Ijazah IPTA tetapi belajar di IPTS. Sebagai contoh Kolej Teknologi Alpha merupakan sebuah IPTS yang menjalankan program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) Universiti Utara Malaysia (UUM). Apa yang dimaksudkan dengan program kerjasama ini ialah  program BBA ini adalah merupakan program UUM. Perjalanan program ini adalah seperti berikut:
    1. Sukatan pelajaran program ini adalah sama dengan sukatan yang terdapat  di kampus UUM.
    2. Soalan peperiksaan adalah sama dengan soalan yang diduduki oleh pelajar-pelajar di kampus UUM.
    3. Skrip jawapan akan disemak oleh pensyarah-penyarah UUM.
    4. Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan oleh UUM.
    5. Ijazah akan dianugerahkan oleh UUM.
    6. Konvokesyen  bersama-sama dengan graduan UUM dan akan diadakan di kampus UUM.
    7. Kolej Teknologi Alpha hanya merupakan tempat belajar bagi pelajar-pelajar yang gagal untuk mendapat tempat di IPTA dan mempunyai syarat minimum serta berminat untuk mengikuti program IPTA dan bagi mereka yang mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan pengajian ke IPTA.

      Perbezaan yang wujud diantara kemasukan ke IPTA dan IPTS ini ialah syarat kemasukan ke IPTS adalah tertakluk kepada kelayakan minimum, dan tidak tertakluk kepada persaingan daripada pemohon-pemohon lain. Dalam lain perkataaan, jika anda mempunyai syarat untuk mengikuti progam ini, anda akan diterima masuk.

MENGAPA DANA MEMILIH KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA

Satu pertimbangan yang sangat penting bagi Dana ialah untuk memastikan bahawa anda mestilah mendapat pekerjaan selepas sahaja anda menamatkan pengajian.  Ini bererti bahawa Dana ingin memastikan semua pelajar-pelajar yang dibiayainya mendapat pekerjaaan selepas mereka tamat pengajiannya.

Apa yang terdapat di Kolej Teknologi Alpha ialah disamping pengajian Ijazah yang diikuti oleh setiap pelajar, pelajar-pelajar adalah dikehendaki mengikuti program-program tambahan yang bertujuan supaya graduan-graduan Kolej Teknologi Alpha ini mempunyai berbagai kemahiran atau disebut juga sebagai ‘multi-skill’ seperti yang dikehendaki oleh industri. Kemahiran-kemahiran ini adalah seperti berikut:

  1. Mengikuti program Bahasa Inggeris. Sebahagian pelajar-pelajar ini akan mengikuti program intensif Bahasa Inggeris selama 2 bulan sebelum pengajian Ijazah dijalankan. Keutamaan dalam program ini ialah bagi memastikan pelajar boleh berkomunkasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris ini akan memudahkan mereka untuk mendapat perkerjaan disektor awam dan disektor swasta. (Kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris adalah merupakan faktor utama mengapa ramai graduan gagal untuk mendapat pekerjaan)
  2. Setiap pelajar akan mengikuti latihan yang diberi oleh pihak Industri mulai semester I lagi. Pada masa ini pihak Kolej telah mendapat kerjasama dari sebuah Kumpulan Perbankan terbesar di Malaysia untuk memberi latihan industri ini. Diakhir latihan ini, pelajar-pelajar akan mendapat Sijil Profesional dalam bidang berkaitan. Ini bererti pelajar-pelajar akan mengikuti program latihan industri semenjak mereka belajar di kolej lagi dan industri tidak lagi perlu untuk memberi latihan  kepada graduan-graduan ini apabila ditawarkan bekerja.
  3. Setiap pelajar akan diberi latihan sebagai Juruteknik Sistem Komputer, bagi membolehkan mereka mendapat sijil kemahiran yang akan membolehkan mereka membuat penyelenggaran komputer di pejabat mereka bekerja.
  4. Setiap pelajar juga akan dikehendaki mengikuti program latihan dengan pihak Kastam DiRaja Malaysia (Sijil akan dikeluarkan oleh Pihak Kastam). Jabatan Kastam adalah merupakan sebuah agensi kerajaan. Latihan ini adalah berbentuk kuliah yang akan dijalankan dikampus Kolej, dan latihan praktikal selama 6 bulan di jalankan di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia. Latihan ini adalah bagi membolehkan graduan-graduan Kolej Teknologi Alpha memahami dan mempunyai kemahiran dalam bidang Kastam dan Eksais. Ini akan memberi peluang kepada graduan untuk bekerja dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia atau syarikat-syarikat swasta yang terlihat dalam eksport dan import.
  5. Bagi pelajar-pelajar wanita, setiap pelajar akan digalakkan untuk mengikuti program kemahiran dalam bidang persolekan dan kecantikan. Latihan ini akan dijalankan dengan kerjasama sebuah syarikat komestik ternama di Malaysia. Program ini akan membolehkan graduan-graduan  kolej ini menceburi bidang keusahawanan kecantikan secara sambilan atau sepenuh masa selepas sahaja mereka menamatkan pengajian.
  6. Bagi memastikan setiap pelajar-pelajar mempunyai jati diri, setiap pelajar yang tidak mempunyai masalah kesihatan adalah dikehendaki mengikuti program Taekwondo atau Karate-Do.

Program-progam kemahiran diatas akan dijalankan selama 3 tahun dan ia tidak akan menganggu per-jalanan program Ijazah. Program-program ini akan disusun sebegitu rupa yang mana setiap pelajar hanya memerlukan 2 jam tambahan seminggu selama 3 tahun untuk menamatkan semua program di atas.

Hasil dari program-program tambahan diatas, pihak Dana yakin bahawa graduan yang dihasilkana oleh Kolej Teknologi Alpha ini akan mempunyai kemahiran-kemahiran tambahaan yang akan dapat membantu mereka mendapat pekerjaan selepasa sahaja menamatkan pengajian.

Maka, melalui program biasiswa ini, pihak Dana cuba untuk memastikan bahawa:

  • Setiap pelajar yang ingin belajar di peringkat Ijazah mestilah boleh belajar, walaupun mereka  berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan. Semua perbelanjaan awal akan ditanggung oleh pihak Dana.
  • Setiap graduan akan dipastikan mendapat pekerjaan selepas sahaja mereka menamatkan pengajiannya.