





![]() | Today | 72 |
![]() | Yesterday | 196 |
![]() | This week | 72 |
![]() | Last week | 1511 |
![]() | This month | 5709 |
![]() | Last month | 11675 |
![]() | All days | 160709 |
| Kepada Pengetua Sekolah 2011 |
|
Cikgu yang dihormati, Bantuan Kewangan Untuk Mengikuti Program Diploma In Automotive Di International College Of Automotive (ICAM)Merujuk perkara di atas, surat ini ditujukan kepada pelajar-pelajar yang berminat mengikuti program Diploma in Automotive di International College of Automotive, Pekan, Pahang. Untuk makluman cikgu ICAM ini adalah sebuah institusi pendidikan tinggi milik penuh syarikat konglomerat DRB-Hicom Bhd. Program ini adalah merupakan satu bidang baru yang terdapat dalam negara kita dan saya percaya ia mempunyai masa depan yang cerah.Keunikan yang terdapat program ini ialah:
Oleh sebab program ini memberi jaminan pekerjaan dan masa depan yang cerah, saya di pihak Dana menggalakkan pelajar-pelajar lepasan SPM untuk memohon mengikuti program ini, iaitu dengan memberi bantuan kewangan seperti membayar yuran pendaftaran dan wang sara diri sebanyak RM250.00 sebulan selama 3 bulan yang pertama pengajian mereka (iaitu sebelum pelajar-pelajar mendapat wang pembiayaan dari badan-badan penaja). Saya yakin dengan program bantuan ini, Dana akan dapat memastikan bahawa tiada seorang pun pelajar yang layak akan gagal untuk meneruskan pengajian mereka disebabkan kemiskinan. Lanjutan daripada senario di atas, saya dengan rendah diri memohon kerjasama pihak cikgu untuk mewar-warkan kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang akan datang mengambil keputusan SPM mereka masing-masing nanti. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di talian 019-6553477. Sekian, kerjasama cikgu saya ucapkan jutaan terima kasih. |
