NASIHAT KEPADA PELAJAR-PELAJAR LEPASAN STPM 2009 YANG GAGAL MENDAPAT TEMPAT DI IPTA.
- Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada para ibu/bapa/penjaga serta sdr/i lepasan STPM. Saya yakin ramai diantara sdr/i yang pada masa ini merasa kecewa kerana gagal untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah di IPTA. Untuk makluman sdr/i, bilangan calon yang memohon tempat di IPTA adalah lebih daripada 60,000 orang, iaitu dari mereka lepasan STPM, matrikulasi dan Diploma. Bagi pengambilan bulan Julai (semester I) Pihak Unit Pusat Universiti (UPU) akan memberi keutamaan kepada pemohon lepasan STPM dan Matrikulasi. Permohonan daripada Diploma lazimnya tidak akan diberi pertimbangan bagi pengambilan bulan Julai. Permohonan daripada Diploma akan diberi pertimbangan hanya bagi kemasukan semester 2, iaitu bulan Disember / Januari.
Klik di sini untuk Borang Permohonan Program Intensif Bahasa Inggeris dan Ijazah di Kolej Teknologi Alpha bagi Sesi Kemasukan November/Disember 2010.
- Tempat kekosongan di IPTA lazimnya kira-kira berjumlah 40,000 tempat sahaja. Walau bagaimana pun dengan kenaikan taraf 5 bulan IPTA utama di Malaysia ke atas IPTA penyelidikan, maka mungkin pengambilan di kalangan ijazah sarjana muda akan menurun. Maka ini bererti lebih dari 20,000 permohonan yang gagal untuk mendapat tempat di IPTA. Mungkin sdr/i adalah salah seorang daripada pemohon yang gagal. Kecewa? Sudah pasti.
- Sekarang apakah tindakan sdr/i? Saya yakin ramai diantara sdr/i yang telah membuat keputusan untuk mencari kerja, dan melupakan terus hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.
- Ada pula diantara sdr/i yang mendaftar semula STPM dengan tujuan untuk memperbaiki pencapaian STPM yang lepas. Mudah-mudahan pencapaian STPM ini akan lebih baik lagi dan membolehkan sdr/i mendapat tempat di IPTA.
- Apa pun bentuk keputusan yang akan sdr/i ambil, saya ucapkan selamat berjaya.
- Walau bagaimana pun saya ingin mengimbau kembali tentang apakah bentuk kehidupan yang kita dan ibubapa kita cari dan mimpikan di masa akan datang?
- Sama ada sdr/i sedar atau tidak bahawa terdapat 2 bentuk kehidupan di masa akan datang yang akan kita alami.
Untuk hidup senang bukan senang dan untuk hidup susah pun bukan susah.
- Terdapat perbezaan diantara hidup di zaman remaja dengan hidup di zaman dewasa. Tugas dan tanggungjawab hidup di zaman remaja adalah semata-mata untuk membuat persediaan bagi menghadapi hidup di zaman dewasa. Apakah bentuk kehidupan di masa dewasa akan bergantung kepada usaha yang dibuat oleh setipa individu di zaman remajanya.
- Untuk hidup senang bukan senang dan untuk hidup susah pun bukan susah. Untuk hidup senang kita terpaksa melalui liku-liku hidup yang sangat getir dan sangsara. Ini kerana kita terpaksa melompat banyak pagar atau halangan.

- Pagar pertama yang kita mesti lompat ialah pagar UPSR – lebih daripada 500,000 yang sama-sama dengan sdr/i. Pagar ini mudah sahaja kerana semua akan berjaya dan dapat meneruskan pengajian ke tingkatan 1, walaupun ada diantaranya tidak tahun membaca dan menulis.
- Pagar ke-2, ialah pagar PMR, iaitu selepas 3 tahun belajar di sekolah menengah, sdr/I akan melompat pagar ini. Bilangan yang melompat pagar ini adalah sama dengan yang melompat UPSR, iaitu lebih dari 500,000. Semua pelajar akan lulus dan akan meneruskan pengajian mereka ke tingkatan 4.
- Pagar ke-3, ialah pagar SPM. Inilah pagar yang paling susah dalam sejarah hidup kita. Ini kerana dipagar inilah ramai daripada yang akan gagal. Pagar ini adalah susah kerana yang mengajar sdr/I adalah orang lain, yan membuat soalan adalah orang lain, yang menyemak atau memereksa adalah orang lain, yang memberi grad A,B,C, D dan F adalah orang lain, dan yang mengumumkan keputusan juga adalah orang lain. Guru yang mengajar sdr/I disekolah tidak tahupun soalan yang keluar, mereka mengajar dengan berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan sahaja.
- Pada setiap tahun daripada 500,000 calun SPM, hanya lebih kurang 250,000 yang berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke tingkatan 6, matrikulasi, diploma di IPTA dan IPTS. Sdr/I adalah terdiri daripada gulungan ini.
- Bagi 250,000 yang gagal SPM ini, mereka akan masuk ke pasaran buruh. Bagi mereka di Semenanjong, sebahagian besar akan pergi ke kilang dan menjadi MO (mesin operator), atau di super market menjadi juru jual. Jenis-jenis kerja yang tidak perlukan kemahiran. Bagi mereka di Sabah dan Sarawak mereka akan pergi ke kebun bekerja sebagai penoreh getah, angkat kelapa sawit atau tanam sayor, dan sebahgainya lagi akan bekerja di supermarket dengan gaji diantara RM200.00 hingga RM500.00. Bagi di Semenajong mereka akan mendapat gaji diantara RM500 – RM700. sebulan.
- Dengan pendapatan diantara RM300 – RM700, di awal usia dan dizaman bujang ini mungkin sdr akan menjadi seronok. Sebahagian remaja lelaki akan membeli motorsikal, dan sebahagian akan menjadi mat rempit dan mengambil dadah. Dengan duit sebanyak itu mereka akan seronok kerana rumah tidak perlu sewa, maka di rumah ibu/bapa juga adalah percuma. Yang perempuan akan mula bersolek dan mula mencari pasangan hidup. Mereka bebas bergaul dan ada diantaranya yang terlanjur. Maka itulah sebabnya setiap hari terdapat kes buang bayi.
- Ada diantara mereka akan berkahwin. Mereka akan menyewa rumah yang berhampiran dengan tempat kerja dengan sewa diantara RM300 – RM400 sebulan. Duit api, air dan telepon, dan makan untuk dua orang dan berbagai-bagai keperluan, mereka akan merasakan bahawa dengan pendapatan 2 orang (suami dan isteri) sebanyak diantara RM1,000 – RM1,200 adalah tidak mencukupi.
Oleh yang demikian, oleh sebab sdr/I telahpun menduduki STPM, maka jika mempunyai sekurang-kurangnya mendapat dua pangkat C dalam mana-mana mata pelajaran, bererti sdr/I adalah layak untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah. Di sinilah pihak Dana Pendidikan Dr.Hamzaid boleh menolong sdr/i.
Klik di sini untuk Borang Permohonan Program Intensif Bahasa Inggeris dan Ijazah di Kolej Teknologi Alpha bagi Sesi Kemasukan November/Disember 2010.
PERTOLONGAN DARI DANA PENDIDIKAN DR.HAMZAID
- Dana akan mendapatkan tempat sdr/iI di peringkat Ijazah di Kolej Teknologi Alpha, Seremban, N. Sembilan.
- Bantuan daripada Dana Pendidikan Dr. Hamzaid adalah seperti berikut:
- Program Intensif Bahasa Inggeris (selama 2 bulan, dari pada November – Disember 2010)
Tujuan program ini ialah untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka mengikuti program Ijazah. Bantuan yang diberi oleh Dana ialah membiayai semua yurang pengajian dan yuran asrama. (Belajar secara percuma)
- Program Ijazah:
- Program Sarjana muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian – Universiti Utara Malaysia.
- Program Bachelor of Business and Administration in Technology Management – International University College of Technology Twintech.
- Bantuan daripada Dana:
- yuran pendaftaran dan
- sara diri sebanyak RM250.00 sebulan yang dibayar mulai bulan Feburari 2011 sehinggalah mereka mendapat wang pinjaman dari PTPTN
- Tiket penerbangan bagi pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak.
Klik di sini untuk Borang Permohonan Program Intensif Bahasa Inggeris dan Ijazah di Kolej Teknologi Alpha bagi Sesi Kemasukan November/Disember 2010. |