
Dr. Hamzaid di Sarawak dalam misi beliau untuk mendekati pelajar-pelajar dan keluarga yang memerlukan bantuan Biasiswa Dana Pendidikan Dr. Hamzaid
|
|
Klik Untuk Jadual Taklimat
|
|
|
Biasiswa Diploma Animasi Kreatif |
Tawaran Biasiswa Untuk Mengikuti Program Diploma Animasi Kreatif Di Kolej Teknologi Alpha
Sdr/i lepasan SPM yang dihormati,
Klik di sini untuk muat turun surat dan borang dalam format PDF.
Memandangkan perkembangan industri filem animasi yang berkembang sangat pesat di Malaysia pada hari ini, kebanyakan syarikat-syarikat pengeluar filem animasi di Malaysia menghadapi masalah mendapat tenaga mahir dalam bidang ini. Maka permintaan tenaga mahir dalam bidang ini adalah sangat tinggi.
Bagi membantu negara mengatasi masalah ini, Dana Pendidikan Dr. Hamzaid mempelawa kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat dalam bidang animasi untuk memohon Biasiswa Dana Pendidikan Dr. Hamzaid bagi mengikuti program Diploma Animasi Kreatif.
Biasiswa ini akan meliputi;
|
|
Read more...
|
Jemputan ke Majlis Taklimat dan Temuduga Biasiswa Dana Pendidikan Dr. Hamzaid 2012
Klik di sini untuk Surat Jemputan, Jadual dan Borang dalam format PDF.
Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari bersama dengan penjaga adalah dijemput menghadiri majlis taklimat dan temuduga biasiswa Dana Pendidikan Dr. Hamzaid bagi mengikuti
- Program Intensif Bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan bagi sesi kemasukan 2012/2013.
- Biasiswa wang pendaftaran dan sara diri apabila melanjutkan pengajian di peringkat ljazah di IPT, serta bantuan tiket penerbangan ke Kuala Lumpur bagi pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak.
Saudara/saudari boleh memilih salah satu daripada tempat majlis ini diadakan seperti yang dilampirkan. Majlis akan bermula jam 9.00 pagi.
Semasa menghadiri majlis taklimat/temuduga ini, saudara/saudari dikehendaki membawa bersama borang permohonan yang dilampirkan bersama-sama ini.
Jika saudara/saudari mempunyai sebarang kemusykilan sila hubungi saya di talian 019-6553477.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
DR. HAMZAID BIN YAHYA |
|
|
Kepada Pengetua Sekolah 2011 |
|
Cikgu yang dihormati,
BANTUAN KEWANGAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA IN AUTOMOTIVE DI INTERNATIONAL COLLEGE OF AUTOMOTIVE (ICAM)
Merujuk perkara di atas, surat ini ditujukan kepada pelajar-pelajar yang berminat mengikuti program Diploma in Automotive di International College of Automotive, Pekan, Pahang. Untuk makluman cikgu ICAM ini adalah sebuah institusi pendidikan tinggi milik penuh syarikat konglomerat DRB-Hicom Bhd.
Program ini adalah merupakan satu bidang baru yang terdapat dalam negara kita dan saya percaya ia mempunyai masa depan yang cerah.
|
|
Read more...
|
|
TAWARAN BIASISWA DANA PENDIDIKAN DR. HAMZAID |
KETERANGAN LANJUT BERKENAAN TAWARAN BIASISWA DANA PENDIDIKAN DR. HAMZAID
TUJUAN
Pemberian biasiswa ini adalah bertujuan:
- Membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian keperingkat Ijazah.
- Memberi peluang ke-2, bagi mereka yang gagal untuk mendapat tempat di IPTA walaupun mempunyai syarat yang cukup.
- Cuba memastikan bahawa setiap graduan akan mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.
RASIONAL PEMBERIAN BIASISWA
Rasional pemberian biasiswa ini adalah:
|
|
Read more...
|
|
|