|

Dr. Hamzaid di Melaka ketika sesi temuduga Biasiswa Dana Pendidikan Dr. Hamzaid. Umpama sirih pulang ke gagang, sambutan begitu menggalakkan. |
|
|
Biasiswa Diploma Animasi Kreatif |
Tawaran Biasiswa Untuk Mengikuti Program Diploma Animasi Kreatif Di Kolej Teknologi Alpha
Sdr/i lepasan SPM yang dihormati,
Klik di sini untuk muat turun surat dan borang dalam format PDF.
Memandangkan perkembangan industri filem animasi yang berkembang sangat pesat di Malaysia pada hari ini, kebanyakan syarikat-syarikat pengeluar filem animasi di Malaysia menghadapi masalah mendapat tenaga mahir dalam bidang ini. Maka permintaan tenaga mahir dalam bidang ini adalah sangat tinggi.
Bagi membantu negara mengatasi masalah ini, Dana Pendidikan Dr. Hamzaid mempelawa kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat dalam bidang animasi untuk memohon Biasiswa Dana Pendidikan Dr. Hamzaid bagi mengikuti program Diploma Animasi Kreatif.
Biasiswa ini akan meliputi;
|
|
Read more...
|
|
TAWARAN BIASISWA DANA PENDIDIKAN DR. HAMZAID |
KETERANGAN LANJUT BERKENAAN TAWARAN BIASISWA DANA PENDIDIKAN DR. HAMZAID
TUJUAN
Pemberian biasiswa ini adalah bertujuan:
- Membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian keperingkat Ijazah.
- Memberi peluang ke-2, bagi mereka yang gagal untuk mendapat tempat di IPTA walaupun mempunyai syarat yang cukup.
- Cuba memastikan bahawa setiap graduan akan mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.
RASIONAL PEMBERIAN BIASISWA
Rasional pemberian biasiswa ini adalah:
|
|
Read more...
|
|
|
Kepada Pengetua Sekolah 2011 |
|
Cikgu yang dihormati,
Bantuan Kewangan Untuk Mengikuti Program Diploma In Automotive Di International College Of Automotive (ICAM)
Merujuk perkara di atas, surat ini ditujukan kepada pelajar-pelajar yang berminat mengikuti program Diploma in Automotive di International College of Automotive, Pekan, Pahang. Untuk makluman cikgu ICAM ini adalah sebuah institusi pendidikan tinggi milik penuh syarikat konglomerat DRB-Hicom Bhd.
Program ini adalah merupakan satu bidang baru yang terdapat dalam negara kita dan saya percaya ia mempunyai masa depan yang cerah.Keunikan yang terdapat program ini ialah:
- Pihak syarikat DRB-Hicom Bhd (sebuah syarikat pengeluar automotif terbesar di Malaysia, termasuk Proton) telah memberi JAMINAN PEKERJAAN kepada setiap graduannya.
- Graduan di peringkat Diploma ini akan juga berpeluang untuk meneruskan pengajiannya ke peringkat Ijazah. Mereka akan mempunyai dua pilihan sama ada untuk meneruskan pengajiannya di ICAM atau ke salah sebuah universiti di England (tertakluk kepada memperoleh penajaan).
- Saya yakin bahawa industri automotif ini adalah satu-satunya industri yang tidak akan mengalami masalah kemelesetan dalam keadaan ekonomi yang sentiasa turun-naik.
|
|
Read more...
|
|
|