TAWARAN PROGRAM IJAZAH DANA PENDIDIKAN DR HAMZAID
SESI KEMASUKAN SEMESTER 1 (JULAI/SEPTEMBER 2012) DAN SEMESTER 2 (JANUARI/FEBRUARI 2013)

Sdr/i yang dihormati,

TAWARAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH DI BAWAH SKIM BIASISWA DANA PENDIDIKAN DR HAMZAID BAGI SESI KEMASUKAN SEMESTER 1 (JULAI/ SEPTEMBER 2012) DAN SEMESTER 2 (JANUARI/ FEBRUARI 2013)

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah di atas kejayaan anda dalam peperiksaan STPM yang lalu. Dengan keputusan STPM yang anda perolehi, anda LAYAK untuk mengikuti program Ijazah di IPT.


Jika anda GAGAL mendapat tempat di IPTA seperti yang diumumkan oleh UPU baru-baru ini, dan jika anda masih berminat untuk meneruskan pengajian di peringkat Ijazah, pihak Dana Pendidikan Dr. Hamzaid bersetuju untuk menanggung semua perbelanjaan di peringkat awal pengajian anda (sebelum anda mendapat wang pinjaman PTPTN),  iaitu melalui pemberian Biasiswa Dana Pendidikan Dr. Hamzaid jika anda bersetuju untuk mengikuti  program kerjasama/berkembar di peringkat Ijazah antara Kolej Teknologi Alpha dengan Universiti Utara Malaysia dan Twintech International University College of Technology yang berikut;

A. KEMASUKAN SEMESTER 1 SESI 2012/13.

  • SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN – UNIVERSITI  UTARA MALAYSIA, (A7904)

Tempoh pengajian: 3 tahun
Tarikh daftar: 03- 09 - 2012
Bagi pemohonan semester 1 ini, borang permohonan ini hendaklah dikembalikan tidak lewat daripada  30-07-2012

Syarat kemasukan seperti dalam borang. Muat Turun borang di sini.

B. KEMASUKAN SEMESTER 2 SESI 2012/13.

Semua program seperti yang terdapat dalam borang permohonan. Borang permohonan ini hendaklah di bawa semasa menghadiri sesi kaunseling. Jadual dan tempat sesi kaunseling adalah seperti yang terdapat dalam lampiran. Anda bersama dengan penjaga anda boleh menghadiri sesi kaunseling di salah satu tempat yang sesuai dengan anda.


Tempat belajar:           
Kolej Teknologi Alpha.

No. 162, Jalan S2 B3
70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Syarat-syarat kemasukan bagi setiap program adalah seperti dalam borang permohonan. Muat Turun borang di sini.


Melalui skim biasiswa Dana ini, pihak Dana akan menanggung segala perbelanjaan anda, termasuk Yuran pendaftaran

  • Wang sara diri sebanyak RM250.00 sebulan sehingga anda mendapat wang pinjaman PTPTN.
  • Tiket penerbangan ke LCCT, Kuala Lumpur bagi pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak.(Semua biasiswa ini TIDAK perlu dibayar balik)
     (Anda tidak perlu membuat sebarang bayaran semasa mendaftar, sebaliknya pihak Dana akan memberi sebahagian daripada wang sara diri kepada anda)

Kolej Teknologi Alpha akan menyediakan ASRAMA bagi semua pelajar baru.


Bagi pelajar-pelajar yang mendaftar pada semester 1, sesi 2012, anda  dibenarkan untuk berhenti daripada meneruskan pengajian anda di Kolej Teknologi Alpha jika anda berjaya dalam rayuan yang telah anda buat dengan UPU, dan anda akan dibenarkan untuk meneruskan pengajian di IPTA berkenaan. Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan semasa anda belajar di Kolej Teknologi Alpha.


Melalui skim biasiswa ini, KELUARGA ANDA TIDAK AKAN DIBEBANI SEBARANG MASALAH KEWANGAN. SEMUA BEBAN KEWANGAN SEBELUM ANDA MENDAPAT WANG PINJAMAN PTPTN AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK DANA. Pihak Dana akan menanggung sebarang kekurangan kewangan (jika ada). Pihak Kolej Teknologi Alpha TIDAK akan membuat sebarang tuntutan daripada pihak ibu/ bapa/penjaga anda.


Bagi setiap pelajar yang menghadiri sesi kaunseling, pihak Dana akan membayar kos pengangkutan sebanyak RM50.00.


Jika ada sebarang kemusykilan sila hubungi saya di talian 019-6553477.

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar

 

DR. HAMZAID BIN YAHYA